Minyak masak membebankan rakyat?

Isu minyak masak dilihat tidak akan reda kerana ramai pengguna dan main consumer terbeban dengang harga kenaikan minyak masak yang disebabkan oleh penarikan subsidi minyak masak oleh kerajaan yang rakyat malaysia pilih ..... haha. Bagi saya isu ini tidak akan reda selagi masih ramai penguna dan rakyat yang masih terbeban oleh masalah ini. Di harap isu ini akan diselesaikan oleh pihak kerajaan dengan membuat satu perancangan yang lebih baik.dan tidak lagi membebankan rakyat malaysia.

 

Guru wanita lesap lebih RM200,000 diperdaya sindiket Macau Scam

BALING: Seorang guru wanita di sebuah sekolah di Kuala Ketil berputih mata apabila wang RM212,210 hasil simpanannya dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lesap selepas ditipu oleh individu yang menyamar sebagai pegawai bank, dipercayai sindiket penipuan Macau Scam.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Shariffudin Yusof berkata pada 1 November lepas, mangsa berusia 57 tahun menerima mesej daripada pihak yang mengaku sebagai pegawai bank mengatakan bahawa kad kredit mangsa telah digunakan sebanyak RM4,388.

Beliau berkata mangsa kemudian diminta membuat panggilan ke satu nombor sekiranya tidak melakukan transaksi itu dan kemudian bercakap dengan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai David Lim.

"David memaklumkan bahawa pengadu telah berhutang sebanyak RM8,236.80 atas kad kredit Visa Gold dan meminta mangsa menghubungi Bank Negara Malaysia di satu nombor yang diberikan.

"Mangsa menghubungi nombor itu dan bercakap dengan individu bernama Lim Khar Meng yang kemudian memintanya menghubungi seorang lagi individu bernama Lim Chin Teong," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shariffudin berkata setelah menghubungi Chin Teong, mangsa diarahkan untuk membuat pindahan wang ke akaun diberikan dan mangsa membuat dua kali pindahan wang daripada akaun Maybank miliknya iaitu sebanyak RM29,995.09 ke satu akaun yang tidak dikenal pasti pada 5.20 petang.

"Mangsa turut membuat pindahan wang ke satu lagi akaun yang tidak dikenal pasti berjumlah RM9,995.07 pada 5.23 petang," katanya.

Apabila curiga dan merasakan dirinya ditipu, beliau berkata mangsa menelefon ibu pejabat Maybank namun tidak lama selepas itu, mangsa menerima panggilan daripada Chin Teong yang memarahinya kerana mengganggu siasatan yang beliau kendalikan.

"Chin Teong mengatakan bahawa akaun bank mangsa telah dijadikan akaun untuk penggubahan wang haram dan mangsa diminta tidak memberitahu sesiapa berkenaan hal itu," katanya.

Dua hari selepas itu iaitu pada 3 November kira-kira 3.22 petang, Chin Teong kemudiannya menghubungi mangsa sekali lagi dan meminta mangsa memasukkan wang ke akaun lain untuk sementara waktu kerana akaun mangsa telah digunakan untuk penggubahan wang haram.

"Pengadu kemudian telah membuat deposit tunai di mesin ATM Public Bank Kuala Ketil sebanyak 11 kali dengan jumlah keseluruhan sebanyak RMRM98,000 ke akaun Public Bank atas nama Chong Hon Mun," katanya.
Beliau berkata, polis akan menghantar permohonan Financial Services Platform (FSP) ke bank-bank terlibat dan syarikat telco, selain menyiasat nombor talian yang digunakan suspek.

"Jumlah keseluruhan kerugian ialah RM212,210. Kita telah merakam percakapan mangsa dan membuat akuan serah terima resit bank daripada mangsa, kita akan kesan dan tangkap suspek," katanya.

-- BERNAMA

Suri Hati Mr Pilot


DRAMA bersiri Suri Hati Mr Pilot sudah pun berakhir pada malam tadi (Khamis), namun pelakon utamanya Fattah Amin masih belum ‘move on’ dan berat untuk melepaskan Neelofa.

Neelofa telah memuatnaik sebuah video di laman Instagram (IG)nya pada malam semalam dengan kapsyen “meminta " - so malam ni guysssssss!! love you soo much semua.

Menerusi entri tersebut, Neelofa merakam video mereka berdua untuk mempromosikan episod terakhir drama tersebut.

Fattah bagaimanapun seolah-olah tidak gembira apabila Neelofa memberitahu Suri Hati Mr Pilot sudah berakhir.

Secara spontan Fattah memandang tepat ke arah Neelofa dan bertanya: “tapi I boleh tengok muka u lagi kan?

Kata-kata Fattah menyebabkan Neelofa terdiam (mungkin malu), dan menghentikan rakaman selepas menyebut perkataan “meminta”.

Sementara itu, pengikut IG Neelofa masing-masing meninggalkan komen dengan hashtag #lofattah dan membuat kesimpulan, ketika berpandangan pasangan ini seperti ingin memberitahu "sesuatu" yang bermakna.

Video tersebut mendapat hampir setengah juta ‘views’ dan menerima 8 ribu komen daripada netizen yang rata-ratanya mahu percintaan Wardah dan Ejaz diteruskan di alam nyata.

Drama Suri Hati Mr Pilot juga turut menjadi trending world wide di Twitter sepanjang tayangannya di Astro Ria dan Ria HD dan kakal nombor satu sehingga episod terakhirnya semalam.

SPM



Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula esok (7 November) dan berakhir pada 6 Disember depan.

Ia melibatkan seramai 434,535 calon yang mendaftar bagi peperiksaan itu.

Daripada jumlah itu, 377,194 orang ialah calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Sebanyak 3,732 pusat peperiksaan dibuka seluruh negara dengan 32,220 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.
Peperiksaan akan bermula dengan peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 diikuti dengan Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Melayu Kertas 2.

E-sport di malaysia


E-sport di malaysia semakin diterima oleh semua golongan yang rata ratanya dari golongan remaja.Saya juga sebagai penyokong dan peminat e-sport di malaysia agak kecewa dengan scenery e-sport di malaysia yang tidak terlalu meriah seperti di negara asia tenggara yang lain iaitu filipina dan indonesia. Banyak pertandingan/tournament yang dijalankan tetapi tidak mendapat sponsor yang banyak ataupun hadiah yang tinggi meskipun pemain e-sport di malaysia lebih dari 1 juta orang.

Minyak Masak

KANGAR: Sebanyak 1,400 kilogram (kg) minyak masak bernilai RM7,664 dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis dalam operasi di sini hari ini.

Pengarahnya, Khairul Amin Talib berkata minyak masak itu dirampas daripada sebuah kedai runcit di Chuping kerana didapati menyimpan stok barangan kawalan itu melebihi had 500kg yang dibenarkan pada satu-satu masa.

Pekedai itu dikesan menyimpan minyak masak paket 1kg dengan jumlah keseluruhan 1,162kg, 84 botol minyak seberat 2kg dan 14 botol minyak 5kg di premis itu, katanya.

Selain minyak masak, katanya, pihaknya turut merampas 1,300kg gula bernilai RM3,705 dari premis sama kerana gagal mematuhi lesen runcit bagi barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan bekalan 1961 (CSA).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas operasi pemeriksaan dan siasatan aduan di premis-premis sekitar Wang Kelian, Kaki Bukit, Chuping dan Kangar.

Katanya kes itu disiasat mengikut Peraturan 10(1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda hingga RM1 juta atau penjara tiga tahun. --BERNAMA